Powered By Blogger

Monday 26 December 2011

Bicara Cinta


Alhamdulillah, lega rasanya tangan ini dapat kembali mengukir luahan kata yang terpendam. Menjengah kembali dunia siber bersama coretan ringkas ini, Bicara Cinta. Tajuk yang terlalu besar untuk dibahas dan menyimpan seribu satu misteri.

Tetapi maaf, saya bukan Ustaz Cinta yang akan merungkai fenomena cinta ini secara terperinci. Saya juga bukan Ahmad Dani, vocalist group band Dewa yang bercita-cita untuk memimpin Republik Cinta. Dan juga bukan anggota band Zivilia yang asyik menyanyikan lagu Aishiteru. Saya tetap saya. Manusia biasa yang punya pengalaman unik tentang cinta. Semoga sama-sama kita dapat mengambil iktibar darinya.

Cinta (love) diertikan sebagai a strong feeling that you have when you like somebody / something very much. Begitulah definisi cinta menurut New Oxford English-English-Malay Dictionary 2nd Edition. Dalam kesempatan yang singkat ini saya tak perlu menjelaskan definisinya menurut Kamus Arab, Indonesia, mahupun Kamus Dewan. Anda dapat merujuknya sendiri, saya tiada ketiga-tiga kamus tersebut.

Dahulu kala, ketika itu saya masih kanak-kanak lagi. Kalau tidak salah baru berumur 9 tahun. Adalah di kelas tempat saya sekolah seorang murid perempuan yang menjadi idaman setiap murid lelaki. Pacarnya hanya seorang. Itu baru yang ‘berdaftar’ dan berjaya ‘mengisi borang percintaan’ dengannya. Sementara murid lelaki yang lain masih banyak lagi yang ‘beratur’ merebut hatinya.

Kalau dikata perempuan tadi itu cantik, mungkin begitulah. Dia pun memang baik, pandai berkawan. Dia akan belanja apa sahaja untuk kekasihnya. Maklumlah dia anak orang kaya! Mungkin kerana harta itulah banyak teman-teman lelaki yang berlumba-lumba menawan hatinya.

Singkat cerita, bila telah sampai masa dia selesai sekolah menengah (kira-kira umur 18 tahun), dia kerap kali bertukar kekasih. Mudah bosan agaknya, orang kata cinta monyet.

Tetapi akhirnya, baru-baru ini saya dapat khabar bahawa dia telah menikah! Terkejut hati saya, baru 18 tahun sudah menikah? Saya pun tertanya-tanya, dengan siapa dia menikah? Suaminya-lah! Memang, tetapi tahukah anda? Suaminya bukanlah orang yang pernah dia kenal, apalagi sebagai kekasih zaman sekolahnya dahulu! Saya pun berasa kasihan dengan teman-teman lelaki saya yang pernah menjadi kekasihnya dahulu. Bercinta hanya untuk kepuasan nafsu semata, bukan untuk menegakkan sunnah Nabi Muhammad saw.

Begitulah takdir perempuan tadi, menikah dengan seorang lelaki pilihan ibu bapanya sendiri. Memandangkan dia sudah enggan melanjutkan pelajaran jadi lebih baik begitu. Saya salut kepadanya. Ya, sebagai seorang sahabat saya turut bahagia dengan pernikahannya. Bersanding dengan lelaki yang lebih soleh pilihan keluarga, daripada menghabiskan masa muda dengan sesuatu yang tidak berfaedah seperti ‘couple’ itu.

Daripada dia terjerumus dalam lembah kehancuran, lebih baik dia memilih jalan itu. Walaupun pacar ramai, dia tetap dapat menjaga ‘kehormatannya’. (Yang maksiat-maksiat lain itu memanglah salah, tetapi setidaknya dia masih diberi peluang oleh Allah swt untuk lari dari musibah zina, na’udzubillah!). Semoga bahtera keluarga yang dia bina berkekalan hingga ke syurga, Amin!

Bagaimana kawan? Itulah cinta zaman remaja! Ada orang bilang “cinta itu ibarat kentut, jika diluahkan akan bikin rebut, jika didiamkan akan bikin sakit perut”. Bukankah lebih baik cinta itu didiamkan? ‘Sakit’ itu hanya sementara, berbanding dengan hilangnya maruah diri apabila ia ‘bikin ribut’ gara-gara diungkapkan bukan pada masa dan tempat yang sesuai!

15.58 Padang Embun
Ahad, 25 December 2011

Saturday 10 December 2011

Barack Obama, Kaum Nabi Lut a.s dan Kota Pempeii

Nampaknya Obama mesti mempelajari lebih dalam lagi tentang sejarah-sejarah di dunia. Bagaimana tidak, baru-baru ini orang nombor satu di Amerika Syarikat itu telah mengeluarkan kenyataan yang amat menyebalkan. Obama mengumumkan negara itu akan menggunakan segala cara untuk menyokong golongan homoseksual di seluruh dunia.

Dia berkata, “Saya amat bimbang dengan keganasan dan diskriminasi terhadap golongan gay, lesbian, biseksual dan transeksual di seluruh dunia jadi saya menggesa usaha dilakukan untuk menghentikan layanan buruk terhadap mereka”.

Kononnya, Obama mengeluarkan kenyataan demikian bagi meraih sokongan daripada golongan tersebut, yang merupakan salah satu penyokong berpengaruh pada saat pilihan raya AS 2008. Kenyataan tersebut pastinya akan menimbulkan masalah dengan negara sekutu Washington, terutama negara Islam seperti Arab Saudi.

Dalam pada itu, Hillary Clinton, Setiausaha Negara AS turut mengumumkan Washington akan memberi peruntukan awal sebanyak RM9.4 juta untuk dana menyokong badan bukan kerajaan yang berjuang dalam isu homoseksual di seluruh dunia. (Sumber : Sinar Harian, 08 Dis 2011)

Itulah fakta yang telah dinyatakan oleh kerajaan pimpinan Obama. Suatu kenyataan yang sangat membimbangkan bagi kita umat Islam, khususnya di Nusantara ini. Suatu keputusan yang tidak bertamadun dan hanya berselindung di sebalik tabir hak asasi manusia. Namun, tahukah anda? Homoseksual merupakan tindakan tidak bermoral yang hanya berpaksikan pada kepuasan nafsu haiwan semata! Bukan hak asasi kita sebagai manusia!

Kaum Nabi Lut a.s

(Demikian juga) kaum Nabi Lut a.s telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). Tatkala saudara mereka-Nabi Lut, berkata kepada mereka : “Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah swt dan menjauhi larangan-Nya. “Sesungguhnya aku ini rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. Oleh itu, takutlah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kamu kepadaku. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku) ; balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. Patutkah kamu melakukan hubungan sejenis dengan  lelaki dari kalangan manusia? Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhanmu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu?(Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan!)” . Mereka menjawab, “Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!” Nabi Lut a.s berkata,”Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji.” (As Syuara : 160-168).

Sejarah telah mencatat beberapa kaum telah dimusnahkan akibat tindakan homoseksual ini. Salah satunya ialah kaum Nabi Lut yang hidup di kota Sodom. Nabi Lut a.s merupakan salah seorang nabi Allah swt. Nabi Lut a.s diutus kepada satu kaum yang berjiran dengan kaum Nabi Ibrahim a.s, mereka hidup sezaman.

Al Quran telah menyebut, kaum Nabi Lut a.s membudayakan satu perbuatan yang menyalahi kesusilaan, iaitu liwat. Apabila Nabi Lut a.s mengajak kaumnya untuk meninggalkan perbuatan tersebut dan juga peringatan dari Allah swt, mereka telah menolak seruan itu. menafikan kerasulannya sambil meneruskan perbuatan terkutuk itu. Akhirnya masyarakat itu telah dimusnahkan melalui satu malapetaka yang sungguh dahsyat.

Bandar tempat tinggl kaum Nabi Lut a.s disebut oleh Perjanjian Lama sebagai Bandar Sodom. Bandar ini terletak di bahagian utara Laut Merah dan dipercayai telah dihancurkan seperti yang tersebut di dalam al Quran. Kajian-kajian arkeologi mendapati bahawa Bandar ini terletak di kawasan Laut Mati sepanjang sempadan Israel-Jordan.
Bandar Sodom ini telah diterbalikkan akibat daripada bencana gempa bumi dan gunung meletus, sebagaimana yang diceritakan di dalam al Quran surah Hud ayat ke 82-83, “Makaapabila datang (masa pelaksaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala apa yang ada di permukaan buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.” Apabila kaumnya dihapuskan, hanya Nabi Lut dan mereka yang beriman sahaja yang terselamat. Bilangan mereka hanyalah seramai satu isi rumah sahaja. Isteri Nabi Lut a.s juga tidak beriman dan telah bersama-sama dengan kemusnahan.

Kenyataan ‘diterbalikkan’ membayangkan bahawa wilayah itu telah dihancurkan sama sekali oleh satu gempa bumi yang hebat. Sejurus itu, Tasik Nabi Lut, tempat terjadinya bencana tersebut menjadi bukti nyata peristiwa itu. Tasik Nabi Lut (Laut Mati) sebenarnya terletak tepat di atas wilayah gempa bumi aktif. Dasar Laut Mati terletak pada asas pergerakan bumi yang mengahala ke bawah. Lembah ini terletak dalam keadaan ketegangan antara Tasik Taberiye di utara dan pertengahan Lembah Arabah di bahagian selatan.

Begitulah akibatnya, mereka yang menderhakai rasul serta undang-undang Allah swt telah ditenggelamkan dan tertimbus di dalam kemodenan Bandar mereka sendiri. Menurut kajian, peristiwa tersebut berlaku sekitar 1800 SM.

Kota Pompeii

Pompeii merupakan kota yang terletak di sebelah timur Gunung Vesuvius yang merupakan simbol negara Itali, khususnya Bandar Naples (terletak di pinggiran gunung ini). Kehancuran masyarakat di Pompeii adalah disebabkan oleh letupan gunung berapi, Vesuvius. Lava dan abu dari muntahan dari gunung berapi yang hebat yang berlaku dua millennium yang lepas telah memerangkap penduduk di Bandar tersebut. Mereka mati terperangkap ketika sedang menjalankan urusan harian mereka dan kekal begitu hingga sekarang. Seolah-olah masa telah dibekukan!

Bencana ini terjadi bukanlah tanpa sebarang sebab. Rekod-rekod sejarah menunjukkan bahawa Pompeii telah menjadi pusat memuaskan hawa nafsu dan perbuatan yang melampaui batas kemanusiaan. Bandar ini juga telah menjadi sarang pelacuran sehingga tidak dapat ditentukan jumlah rumah-rumah pelacuran yang ada. Masyarakat mereka mengikuti tradisi yang berasal daripada kepercayaan Mithra yang mengatakan bahawa alat-alat kelamin dan perlakuan persetubuhan tidak sepatutnya terlindung tetapi mestilah dilakukan di tempat yang terbuka.

Tetapi, lava dari Vesuvius telah memusnahkan mereka dan memadamkannya dari peta dalam sekelip mata. Tidak ada seorangpun yang selamat. Seolah-olah mereka tidak sedar bencana alam yang hebat berlaku. Banyak pasangan yang melakukan aktiviti seksual ditemui menjadi batu. Pasangan-pasangan sejenis bahkan pasangan kanak-kanak lelaki dan perempuan turut membeku. Wajah-wajah yang membatu daripada sebahagian mereka jelas kelihatan menahan kesakitan yang sangat.

Di sebalik semua ini, Pompeii tidak mengalami banyak perubahan. Di daerah Naples, kegiatan-kegiatan untuk melepaskan hawa nafsu masih berterusan sebagaimana keadaannya di Pompeii. Kepulauan Capri kini menjadi pusat bagi homoseksual dan berbogel, syurga bagi homoseksual. (Sumber : Kaum-kaum yang Pupus, Saba Islamic Media 2010).

Kini, bukan hanya di kepulauan Capri atau Itali, bahkan di serata dunia keruntuhan moral dan akhlak telah melanda. Manusia yang hidup tanpa agama telah hilang pegangan, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Kita sebagai umat Islam mesti bijak menangani isu ini. Baik di Indonesia mahupun di Malaysia, harus memperkukuh lagi usaha ke arah menentang segala aktiviti yang melampaui ini. Tambahan pula, Pak Obama sebagai orang berpengaruh dunia, yang masih memiliki darah keluarga muslim~walaupun dia non-muslim~ semestinya memikirkan untuk yang kesekian kalinya bagi mempertimbangkan langkah itu. Jika Pak Obama masih sahaja meneruskan langkah untuk menyokong dan memberi bantuan kepada apa jua bentuk homoseksual, maka tunggulah kehancuran dan kebinasaan  yang telah dijanjikan oleh Allah swt!

Friday 2 December 2011

Menulis? Mengapa tidak?

Menulis merupakan salah satu pelajaran asas yang telah kita pelajari sejak dari kecil lagi. Bermula dari huruf per huruf, kata per kata, ayat per ayat, sehingga terbentuklah untaian ayat yang menyusun suatu perenggan. Dari suatu perenggan itulah, kita dapat menyampaikan mesej ataupun corak pemikiran kita untuk difahami oleh orang lain. Ya, sebenarnya kita mengajak orang lain berkomunikasi melalui tulisan kita. Bahkan kita dapat mempengaruhi kotak pemikiran mereka melalui tulisan kita! Walau secara kebiasaannya, kita lebih terbiasa berkomunikasi melalui pancaindera, bukan jari-jemari.

Selain itu, tahukah anda mengapa orang Yahudi laknatullah alaihim kelihatan lebih maju dan pandai berbanding kita, umat Islam yang digelar sebagai ‘Khairu ummah’? Salah satunya ialah mereka lebih terkehadapan dan inovatif dalam bidang pendidikan dan penulisan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap 1,000,000 orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat atau tidak. Di Pakistan, contoh sebuah negara Islam, hanya ada 23 surat khabar harian per 1,000 rakyatnya. Sementara nisbah di Singapura ialah 360 per 1,000 rakyatnya. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir hanya 20. (sumber : Palestin Tak Pernah Gentar!, Telaga Biru : 2009)

Masih terlalu banyak rahsia-rahsia dan kepentingan tulisan dalam kehidupan kita. Insyaallah ia akan kita bahas dalam satu artikel yang lain. Dalam kesempatan yang terhad ini, kita akan cuba berbincang tip-tip sederhana tentang bagaimana kita hendak memulakan penulisan untuk tatapan umum. Berikut ialah langkah-langkah yang dapat dipertimbangkan keberkesanannya :

1>        Mulakan dari yang terkecil

Langkah seribu bermula dari langkah yang pertama. Karya bermula dengan susunan perenggan, perenggan bermula dengan rangkaian ayat-ayat. Perkataan bertindak sebagai rangka ayat, perkataan itu juga tersusun dari beberapa huruf. Begitulah, ia bermula dari perkara yang terkecil. Selain itu, ia juga bermula dari sebuah idea yang kecil dan remeh-temeh. Sebelum kita melangkah jauh untuk menyampaikan sesuatu yang lebih besar dan menarik.

Kita mesti mengubah persepsi bahawa hasil karya tulisan kita harus menarik dan panjang. Tidak! Tanamkan anjakan paradigma yang baharu dalam diri kita bahawa tulisan tidak harus panjang berjela-jela. Kita harus sedar, untuk menyampaikan mesej atau sesuatu pemikiran, kita cuma memerlukan beberapa ayat dasar. Dari ayat dasar itulah kita boleh mengembangkannya menjadi suatu karya yang menarik. Jika belum mampu, cukup sampaikan sahaja kalam-kalam sederhana yang hendak kita ungkapkan.

Misalkan, kita sudah mempunyai idea untuk menghasilkan karya yang panjang dan menarik. Tetapi tiba-tiba sahaja kita kekok untuk memulakannya. Kemudian kita pun pening untuk memilih ayat yang betul, kan? Oleh itu, kita harus terbiasa untuk memulakan dari yang terkecil. Biasakanlah untuk menulis ayat-ayat pendek sederhana. Seperti status dalam FB ataupun dalam buku diari anda. Tamsilannya, menulis luahan hati ataupun peristiwa-peristiwa penting, lucu atau juga nota-nota ilmiah ketika berada di majlis ilmu. Dengan begitu, otak kita akan terangsang untuk terus menulis.

2>        Perluas sayap ilmu pengetahuan

Sudah berapa banyakkah buku pelajaran yang telah anda pelajari selama anda memasuki darjah satu sehingga saat ini? Saya rasa anda tidak akan pernah tahu jumlahnya. Terlalu banyak bukan? Ya, seluas itulah pengetahuan anda. Belum lagi jika ditambah bahan-bahan bacaan ilmiah yang lain. Tentunya sudah cukup banyak pengetahuan yang tersimpan di dalam otak serebrum anda. Dengan begitu, secara automatic anda akan terangsang untuk menyatakan apa yang anda ketahui kepada orang lain.
Ditambah lagi semua maklumat sekarang berada hanya di hujung jari kita. Mahu cari apa? Tinggal taip sahaja, si ‘Google’ akan menyediakan apa sahaja berkaitan dengan apa yang anda cari. Semudah itu!

3>        Pelbagaikan bahan bacaan

Sengaja tip ini dipisahkan dari tip yang di atas. Agar tujuannya lebih jelas, kita dapat mengkaji dan mempelajari bagaimana ayat-ayat gramatik tersusun. Bagaimana untuk menghasilkan tulisan yang menarik untuk dibaca. Serta bagaimana untuk mencari inspirasi tentang idea-idea yang baharu dan tidak menjemukan.

Kita dapat mempelbagaikan bahan bacaan kita seperti novel Islami, cerpen, puisi, syair, narrative, argument atau artikel. Susunan ayat dalam cerpen berbeza dengan artikel, puisi berbeza dengan syair, argument berbeza dengan narrative, dan begitulah seterusnya. Oleh itu, kita cuba untuk membaca karya yang pelbagai itu agar kita dapat memperkaya kosa kata bahasa penulisan kita.

4>        Sentiasa bersama pen & nota

Pen dan  nota merupakan senarai wajib bagi para pelajar mahupun siapa sahaja yang gemar menulis. Kita tidak tahu bilakah inspirasi akan turun. Bilakah ilham akan merembes ke dalam kalbu. Ia bisa datang pada bila-bila masa. Selari dengan itu, ilmu pengetahuan juga bisa datang secara tiba-tiba. Oleh itu, sediakan pen dan nota agar kita sentiasa bersedia untuk menulis jika idea tiba-tiba muncul.

Dalam pada itu, catat nota-nota penting apabila anda membaca buku-buku ilmiah. Ini memudahkan anda untuk membuat rujukan sekiranya anda hendak menulis sesuatu karya ilmiah yang memerlukan fakta sahih. Begitu juga jika anda mentadarrus al Quran, pastikan anda mencatat nombor ayat dan nama surah yang menarik perhatian anda. Ini amat membantu untuk dijadikan dalil penguat hujjah dalam tulisan anda.

5>        Pilih platform yang sesuai

Platform merupakan medium terpenting untuk menempatkan hasil tulisan kita. Pada zaman mutakhir kini, terlalu banyak platform yang tersedia untuk mencurahkan hasil tulisan kita. Kita dapat menggunakan ruang catatan dalam FB sebagai platform terbaik untuk memulakan penulisan. Update status merupakan contoh yang paling ringan. Tetapi pastikan apa yang anda taip adalah perkara yang positif. Apabila anda menulis status negative, sebenarnya anda turut mempengaruhi minda orang lain untuk berfikir negative.

Selain itu, anda juga dapat membuat laman blog sendiri. Anda tak perlu malu atau takut. Semua orang punya hak untuk menulis, selagi itu perkara benar. Apatah lagi kita sebagai generasi peneraju masa depan Islam. Anda dapat berdakwah melalui blog anda! Berikut adalah contoh-contoh blog professional yang dapat kita jadikan  panduan sama ada dari segi tata letak blog mahupun isi yang dikemukakan :


6>        Petik kata-kata tokoh dunia

Hal ini amat penting untuk membuat tulisan anda lebih menarik dan dewasa. Pastikan kata-kata tersebut bersesuaian dengan tajuk atau topic tulisan anda. Dan menyebut nama tokoh yang mengucapkan kata-kata tersebut adalah lebih baik dalam menarik perhatian pembaca. Anda dapat mencari kata-kata ini di Google.

Adalah lebih baik jika anda mengambilnya dari dunia Islam seperti sabda Rasulullah saw, para Sahabat r.a serta ilmuwan-ilmuwan Islam yang lain. Namun adakalanya kita juga harus memetik kata mutiara dari tokoh-tokoh dunia yang bukan Islam. Kerana setiap kebijaksanaan sebenarnya adalah hak milik Islam yang tercicir, oleh itu kita boleh menggunakannya.

7>        Gunakan tatabahasa yang benar dan rasmi

Ini merupakan perkara kecil yang sering diremehkan oleh penulis amateur seperti kita. Kita nampak hal itu tidaklah sangat berpengaruh terhadap pembaca. Namun sebaliknya, tulisan yang memiliki tatabahasa yang kemas akan terlihat lebih professional. Sehingga turut menarik minat pembaca. Ya, walaupun satu ayat pastikan ia ditulis dengan ejaan penuh dan betul. Kecuali jika kita hendak menulis karya bebas seperti novel, cerpen mahupun puisi.

8>        Motivasikan diri sendiri

Yakinlah, anda boleh melakukannya! Menulis tidaklah sukar, namun kita hanya perlu membiasakannya. Kita perlu memotivasikan diri sendiri. Menulis tidak dapat dipaksakan, namun ilham untuk menulis akan muncul dengan tidak diduga. Berdoalah semoga Allah swt memudahkan kita!

Adakah kau lupa? Ilmuwan-ilmuwan Islam zaman silam juga penulis-penulis yang hebat. Imam Bukhari, Imam Syafi’i, Ibnu Sina, al Kindi, al Khawarizmi dan banyak lagi. Dengan hasil tulisan merekalah kita dapat membaca dan mempelajari ilumu-ilmu Islam yang pernah mereka pelajari. Begitulah realitinya, kita menulis sekarang juga demi masa depan agama kita! Masa depan generasi penggerak agama dan bangsa.

Mereka juga telah berjaya mengabadikan sejarah Islam dan menempah sejarah hidup mereka yang gemilang. Kita? Sekaranglah masanya! Kalau tidak dimulakan dari diri sendiri untuk mengorak langkah menuju kegemilangan, siapa lagi?

9>        Sertai bengkel penulisan

Rasanya ini langkah yang paling mustahak untuk kita ambil. Kita dapat menyertai bengkel-bengkel penulisan yang biasanya digelar untuk umum di mana sahaja berada. Atau, kita cuba anjurkan sendiri bengkel penulisan melalui badan-badan organisasi sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat belia-belia kampung kita.

10>      Tanya si ‘Google’

Ini adalah langkah yang paling mudah. Jika anda masih tertanya-tanya bagaimana untuk memulakan menjadi penulis, taip saja di Google. Insyaallah anda akan menemukan jawabannya. Bingung untuk membuat laman blog? Tanya sahaja si dia!

Rasanya itu sahaja tip-tip yang dapat dipertimbangkan untuk memulakan langkah dalam dunia penulisan. Walau apapun, langkah-langkah tersebut masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan.

Apapun, ambillah perkara yang berfaedah dan buang jauh-jauh apa yang buruk. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. Jadikan membaca sebagai jendela ilmu pengetahuan dan menulis sebagai warisan ilmuwan Islam. Semoga tahap pengetahuan kita dapat dipertingkatkan dan bisa mengalahkan si Yahudi laknatullah alaihim.

Selamat menulis!


Monday 28 November 2011

Debur Ombak Suramadu



Andai kutahu, kapan tiba ajalku…
Kuakan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai kutahu, kapan tiba masaku…
Kuakan memohon Tuhan jangan Kau-ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa-dosaku…
Aku takut dosa yang terus membayangiku…

Suara sumbangnya bergema di dekapan langit Surabaya. Bersama panasnya bahang kehidupan. Setiap hari dia hanya menyanyikan lagu yang sama. Lagu yang dilantunkan oleh penyanyi favoritnya, Pasha UNGU. Entah mengapa. Mungkin dia terlalu menghayati makna yang tersirat dalam bait-bait indah yang terkeluar dari mulut mungilnya. Ataupun, dia tak punya kesempatan untuk mendengar lagu-lagu yang lain. Yang difikirkannya sekarang hanyalah dia bisa mendapatkan duit untuk membeli sesuap makanan hari ini.

Dia sadar, dia bukan penyanyi yang terkenal lagi masyhur di kota ini, apalagi di Nusantara. Yang bisa mengaut duit berjuta-juta hanya dalam sekelip mata. Dia cuma penyanyi jalanan. Yang biasa dikenal dengan ‘pengamen jalanan’. Anak kecil yang sering dilabel sampah masyarakat oleh orang-orang berduit dan sombong itu.

Hanya berbekalkan gitar kecil dan alat musik buatan tangannya sendiri. Yang dibuat dari tutup-tutup botol. Yang dia pungut sendiri dari sampah-sampah jalanan. Kemudian dipaku pada sebatang kayu berukuran 15cm. Menghasilkan bunyi gemerincing. Dia bernyanyi untuk ‘menghibur’ orang-orang yang ditemuinya. Lebih akuratnya, dia coba untuk menghibur diri sendiri.

Menghibur jiwa laranya agar dia tetap kuat. Tidak goyah dalam mengarungi arus kehidupan yang sukar di bumi kaya ini. Bumi yang kaya bagi mereka yang kaya, bumi yang miskin bagi golongan miskin sepertinya. Mungkin begitu agaknya. Dunia yang kontras!

“Matursuwun pak…” ucapnya berterima kasih dalam loghat Jawa yang sopan. Setiap sen baginya sangat bernilai. Dia tahu-walaupun sedikit-, syukur terhadap orang yang memberi merupakan syarat utama sebelum dia syukur kepada Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki. Dia tak pernah merungut dengan apa yang ada. Dia sangat qana’ah. Lebih qana’ah daripada mereka yang kaya dan rakus materi. Lebih qana’ah daripada mereka yang hidup dalam belenggu Hedonisme Barat. Mungkin juga, dia lebih qana’ah berbanding mereka yang telah belajar ilmu qana’ah. Walau jika ditanya, anak sekecil itu takkan tahu apa itu qana’ah. Tapi itulah hakikatnya, golongan seperti mereka lebih mudah berterima kasih dan bersyukur terhadap pemberian Allah swt berbanding kita!

Dia bergegas turun dari ‘Bus Harapan Jaya’ itu. Sambil mengusap renik-renik peluh yang membasahi dahinya, dia langkahkan kakinya menuju ke pinggir jembatan itu. Jembatan Suramadu, yang menghubungkan kota Surabaya dengan Pulau Madura. Jembatan terpanjang di Indonesia yang terbentang sejauh 5.438 meter.

Dilihatnya langit sore masih cerah. Belum terbungkus lagi oleh kegulitaan gelap malam. Dia beristirahat sejenak. Melepas segala bebanan hidupnya. Membuang jauh-jauh keletihannya bersama syahdunya alunan ombak kecil di pinggiran Selat Madura itu. Sambil matanya menerawang jauh ke ujung pandangan. Menatap selat yang seakan tak bertepi itu. Semilir!

Jauh dipelupuk matanya, dia menangkap bayangan dua orang anak kecil sepertinya yang berdiri di tepi jembatan itu. Mereka sedang memancing. Dia mengayunkan langkah kaki untuk mendekati mereka berdua. “Eh ternyata kalian, Samsul, Duha !” ucapnya agak kaget melihat sosok mereka berdua di tepi jembatan itu. Ucapannya tak dihiraukan oleh dua orang sahabatnya itu.

“Bagaimana rezeki hari ini?” seloroh Duha yang sejak tadi hanya termenung memerhati Samsul memancing.
“Ya lumayanlah. Bisa buat isi perutku yang udah keroncongan nih..” kata Bejo sambil tersenyum bangga. “Kalian nggak cari duit?”
“Aku bosan hari ni. Sesekali juga aku mau menikmati keindahan alam di sini,” jawab Samsul dengan muka acuh tak acuh.
“Hehe, ternyata kau ada style juga untuk jadi orang besar bro..!” ketawa mereka pecah berderai di tengah jantung selat yang membelah Surabaya-Madura ini.

“Kita juga manusia. Yang punya hati, punya perasaan…” Samsul mulai berlagak. “Nggak usah terlalu dipikirin masalah kehidupan ini.. kan semuanya udah diatur sama yang di atas!” katanya sambil menunjuk ke angkasa yang cerah kebiru-biruan. “Tuhan udah jamin semua rezeki makhluknya! Kan?” sambungnya.

“Iya, tapi kalau kita nggak ada usaha ya sama aja bro..! kosong-kosong!” Bejo membalas sinis.

“Benar juga kata kalian. Mas Fahmi kan pernah bilang, hidup perlu ada usaha, do’a dan tawakal.” Sampuk si Duha, yang nyata bersifat lebih dewasa di antara mereka bertiga.

Mereka termenung di situ. Angin yang menerpa lirih epidermis mereka menghanyutkan lamunan masing-masing. Mengenang masa-masa silam. Ketika mereka pertama kali mengenal kehidupan dan agama.

*****
Jalan raya Darmo masih sibuk dengan rutinannya. Meladeni setiap kenderaan yang merangkak di atas dadanya. Ramai. Riuh. Jalan yang membelah jantung hati kota Pahlawan ini. Kerlipan cahaya lampu membias di setiap pandangan. Ditemani dengan bisikan lirih angin malam. Yang datang melalui celah-celah dedaunan pohon-pohon kota.

Aku masih terdiam di kursi kayu itu. Di ‘beranda’ warung Sate Madura. Dihangatkan dengan secangkir kopi Kapal Api aroma khas Nusantara. Duduk bertopang dagu. Memproses dan mencerna setiap patah kalam dari lisannya. Kutemukan seberkas bayang hitam di sudut bicaranya.

“Orang-orang yang tak bertanggung jawab telah menghancurkan sisa-sisa hidup mereka,” Fahmi mulai angkat bicara. Coba merenovasi semula kepingan-kepingan kisah detik pertama kali dia terjun ke dunia anak jalanan.

“Rumah-rumah kayu di pinggiran sungai itu telah musnah, luluh lantak…” sambungnya. Aku turut hanyut dalam imajinasi buatannya. Secara visual, aku nampak mereka meronta-ronta. Berteriak. Belasan anak sekecil itu harus kehilangan satu-satunya harta mereka yang paling berharga.

Meski bangunan itu tak layak dihuni. Meski rumah buruk itu tiada bernilai. Meski ia hanya tampak seperti sampah. Namun, apalah artinya itu semua bagi mereka? Satu-satunya tempat mereka berlindung dari bahang panas dunia. Panas kehidupan yang semakin merajalela. Tempat yang memberi mereka kehangatan. Hangatnya pelukan kasih sayang Tuhan kepada hamba-hamba kecil-Nya.

“Tapi aku sangat bangga denganmu. Ternyata masih ada manusia sepertimu di dunia yang semakin hari semakin bobrok ini,” untaian kata berhasil kulafadzkan. Mengagumi sifatnya. Sikap seorang pemuda Islam yang sukar dicari. Yang amat mencintai anak-anak bangsanya.

Sebagai seorang mahasiswa Usuluddin di Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya, tidak sepatutnya dia berkorban sejauh itu. Tapi, nyatanya dia sungguh luar biasa. Dia berani keluar dari belenggu kebiasaan mahasiswa lain. Dia tidak terkekang dengan kebiasaan itu. Dan kini, dia telah membiasakannya. Berkorban demi mendidik anak bangsa.

Fahmi, bersama sahabatnya, Ali, sanggup meluangkan waktu setiap malam bersama anak-anak jalanan itu. Fahmi dan Ali menyewa sebuah rumah kecil di dekat Termianl Purabaya, terminal terbesar dan tersibuk di Asia Tenggara ini. Tepat di sebelah kanan rumahnya terdapat surau tua yang semakin hilang auranya.

Di situlah Fahmi dan Ali mencurahkan bakti dan tenaga. Mereka berhasil ‘masuk’ dan mengajak anak-anak jalanan itu ke dalam pelukan hidayah-Nya. Mengentas mereka dari jurang kekecewaan dan kesedihan hidup. Fahmi dan Ali mengajar dan membimbing permata-permata bangsa yang tersembunyi itu tentang keindahan Islam. Cahaya yang selama ini masih belum terlalu mereka kenali.

Khairun naas anfa’uhum lin naas. Pendidikan terlalu mahal untuk golongan seperti mereka. Pemerintah tanah air ini terlalu mengabaikan hal itu. Jadi, sudah menjadi tanggung jawab kita untuk mendidik mereka.” Jawab Fahmi diiringi senyuman tipis.

Ternyata dia masih ingat lagi motto itu. Motto sekolah kami dahulu, Madrasah Aliyah Al Anwar. Memang, almarhum KH.
Muhaimin Syuhadi tidak henti-henti mengingatkan kami tentang kata-kata itu. Beliau mahu melihat semua anak didiknya bermafaat bagi umat manusia dalam apa jua bidang yang diceburi. Ternyata, kini aku dapat melihatnya dengan retinaku sendiri.

“Biarpun mereka miskin di alam fanaa ini, namun kita tak boleh membiarkan mereka miskin dan menderita untuk kedua kalinya di akhirat yang kekal nanti.” Kata-katanya menusuk tajam ke dalam lubuk hatiku. Menyedarkan kembali jiwaku yang juga semakin alpa ini.

Kopi Kapal Api kami tinggal separuh. Perbincangan kami masih terus berlangsung. Sementara bulan yang tersepuh perak masih bergelantungan di lazuardi yang cerah. Dipagari cahaya halus kerlipan bintang-bintang.

Tiba-tiba Fahmi berkata, “Aku selalu menyuruh mereka untuk bertanya kepada diri mereka sendiri pada setiap pagi hari.”
“Kau suruh mereka tanya apa?” jawabku yang mulai penasaran dengan argumentasinya.
Apa yang akan aku lakukan untuk mengindahkan hari ini?" Cetus  Fahmi. Aku hanya tersenyum.

*****

Setelah termenung dan terdiam beberapa menit, akhirnya mereka terbangun dari mimpi-mimpi itu. Pancing Samsul bergoyang-goyang! Ada sesuatu yang tersangkut di mata kailnya.
“Cepat-cepat… angkat dengan hati-hati!” perintah Duha.
Samsul berusaha sekuat tenaga memenangkan pancingannya itu. “Hore…!!! Aku dapat !” ujarnya gembira.
“Wah bisa makan ikan bakar malam ini !” kata Bejo. Seekor ikan berukuran selebar tapak tangan orang dewasa berhasil dipancing oleh Samsul.

Belumpun reda kegembiraan mereka, tiba-tiba ada sesuatu yang mengagetkan mereka.
“Apa yang kalian buat di sini, hah?” sergahnya kasar dan dengan intonasi meninggi. Petugas patroli keamanan datang mendekati mereka bertiga.

“Maaf pak…” mulut Samsul tergamam untuk menjawabnya. Dia amat takut untuk berdepan dengan masalah yang menantang seperti ini. Keringat dingin mulai membasahi tubuhnya.

Mereka bertiga dalam kekalutan dan ketakutan. Hormon Adrenalin juga sudah diaktifkan. Dan dengan secepat mungkin sepasukan darah merah mengirim hormon-hormon itu ke seluruh tubuh melalui urat-urat arteri. Mempersiapkan diri untuk memecut berlari secepat mungkin. Hanya tinggal menunggu masa yang sesuai. Ya, menunggu saat yang sesuai…

“Maaf-maaf !!! apa kalian nggak bisa baca tulisan itu, ha?” bentak si petugas itu. Sambil telunjuknya menuding ke arah papan tanda yang bertulis Dilarang Memancing!.

“Oh… kami bukannya memancing, pak!” dalih si Bejo dengan nada tegas.
“Bukan memancing? Lalu apa itu? Kail, cacing…” petugas keamanan itu mulai semakin beremosi.
“Kami cuma melatih cacing kami berenang di sungai ini, pak!” jawab si Bejo diikuti oleh gelak tawa mereka bertiga. Mereka bergegas melarikan diri secepat mungkin sambil memegang perut masing-masing menahan tawa.

Friday 11 November 2011

Azam 11.11.11


            Saya mulakan coretan pada pagi yang cerah ini dengan untaian lafadz suci bismillahirrahmanirrahim. Selamat pagi kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian. Semoga kita dapat melakukan sesuatu yang terbaik pada hari Jumaat yang mulia ini, bertepatan dengan 15 Dzulhijjah 1423 H / 11 November 2011 (11.11.11). Suatu urutan nomer yang amat cantik dan unik sehingga banyak yang coba untuk mengabadikan aktivitas pada hari ini menjadi bingkai-bingkai kenangan yang unik dan nyentrik. Oleh karena itu, saya juga turut merebut peluang keemasan ini untuk turut mencipta kenangan atau sejarah hidup yang tersendiri. Karena saya yakin sedalamnya kata pujangga Arab “apa yang ditulis akan tetap kekal sedangkan apa yang dihafal biasanya akan lari”. Atas dasar itulah, saya yakin coretan saya pada pagi ini akan menjadi benang-benang sulaman sejarah yang akan mengkoneksikan kejayaan di masa depan dengan kesusahan dan kesukaran di masa lalu. Agar kita tidka menjadi insan yang angkuh dan sombong, melainkan kita bisa mengenang dan mengenali asal-usul sejarah hidup kita.

            Kini, hampir genap tiga tahun saya telah ‘memakan bangku persekolahan’ di negeri Kelantan Darul Naim ini. Salah satu wilayah di Semenanjung Malaysia yang berbatasan dengan Thailand. Begitu cepat masa berlalu. Dahulu, kini dan esok hanya sekelip mata. Di sini, sekarang saya sudah tingkatan 5 di sekolah Maahad Muhammadi Pasir Mas yang berada di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan (YIK)-setaraf dengan Departemen Agama. Memutar memori lalu, saya terpaksa memulakan alam persekolahan di sini dari tingkatan 3 untuk mengambil ujian PMR (Peperiksaan Menengah Rendah)-setaraf UNAS SMP. Yang dikatakan menjadi asas untuk mengokohkan lagi pemahaman dalam menghadapi ujian SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)-setaraf UN SMA, di tingkatan 5. Ujian SPM akan bermula hanya beberapa hari lagi. Sebelum itu, saya menuntut ilmu di Madrasah Aliyah Al Anwar Paculgowang, Diwek Jombang Jawa Timur. Waktu itu saya belajar di kelas 2 MA aliran sains, sempat abelajar hanya satu semester saja. Kemudian pada awal semester kedua saya berhijrah ke negeri Serambi Mekah yang kedua di dunia-selain Aceh, Kelantan Darul Naim. Demi mengaut ilmu-ilmu dan pengalaman yang tak ternilai harganya.

            Ketika di MA Al Anwar dulu, saya sempat belajar  aliran sains selama satu semester saja. Kemudian semenjak pidah ke Kelantan, tepatnya di kampung Padang Embun, Pasir Mas saya turun kelas ke tingkatan 3 terlebih dahulu. Setahun kemudian memasuki tingkatan 4 aliran Perdagangan yang menawarkan ‘hanya’ 9 subjek yang diujikan dalam ujian akhir SPM. Selama dua tahun itulah saya belajar di SMU(A) Al Ulum Padang Embun.

            Kemudian seiring berputarnya zaman, saya terpaksa pindah ke Maahad Muhammadi Pasir Mas (MMPM). Karena di SMU(A) Al Ulum Padang Embun tidak menyediakan kelas untuk tingkatan 5. Sebuah keputusan ekstrem saya ambil ketika mendaftar masuk di MMPM. Saya memilih untuk berputar haluan dari aliran Perdagangan ke aliran Akuntansi yang menyediakan 11 subjek wajib dalam ujian akhir SPM. Ya, sebuah pertaruhan dan pengorbanan! Mungkin inilah jalan hidup saya. Suka untuk bertukar haluan, dari aliran Sains ke Perdagangan kemudian berganti pula ke aliran Akuntansi. Bagi saya, hidup tanpa rintangan, halangan serta tantangan akan hambar tawar begiru saja. Bagaikan sayur tanpa garam!. Tiada peningkatan dalam pembentukan pemikiran dan kepribadian jiwa kita.

            Dan pada kesempatan yang semakin dekat ini, saya berazam untuk menamatkan alam persekolahan ini di garisan finish yang terbaik! Setelah berjaya meraih 8A 1B (9 subjek wajib) dalam ujian PMR 2009 dan ujian SMU 2011 dengan pangkat Mumtaz, kini tinggal selangkah lagi untuk kutakluki tantangan SPM ini dengan target meraih 11A dalam semua subjek yang diujikan! Doakan semoga saya bisa merealisasikan impian yang telah lama terpendam ini. Bagi saya, Insyaallah jika termakbul doa, pencapaian ini akan menjadi salah satu sejarah yang paling indah dalam hidup ini. Seorang pelajar Indonesia yang berhasil mengukir kesuksesan dalam ujian tertinggi-bagi alam persekolahan di Malaysia- iaitu ujian akhir SPM 2011. Demi membalas jasa semua ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan semua orang yang telah banyak menabur benih-benih kebaikan dalam diri ini. Meski saya tahu jasa mereka takkan mampu terbalas, semoga Allah membalas mereka dengan sebaik-baik pahala! Amin. Ingat!!! Saya akan memulakan sejarah baru dalam hidupku ini pada saat ini juga, pukul 11.11 tanggal 11-11-11. Semoga najah Ilahi akan sentiasa mengiringi kita!!! Laa takhaf wa lal takhzan innallaha ma’ana!!!